Categories: Trending Hari Ini

Minneapolis: Artis Hollywood ‘Bersuara’ Tanda Solidariti Buat George Floydd

Saat dunia masih lagi memerangi wabak Covid-19, 25 bandar di 16 negeri seluruh Amerika sedang menjalani perintah berkurung.

Pelaksanaan ini disebabkan demonstrasi dan bantahan besar-besaran yang kemudiannya bertukar ganas susulan kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata.

Ramai artis popular antarabangsa mula bersuara dan menunjukkan kemarahan tentang isu ini sebagai tanda solidariti buat George Floydd.

McKennie

Pemain bola sepak kelab Jerman, Weston McKennie menyertai solidariti dengan memakai lilitan di lengannya yang terkandung mesej “Keadilan Untuk George” ketika perlawanan Bundesliga di antara pasukannya dengan Werder Bremen pada Sabtu.

Harry Styles

Harry Styles juga melontarkan pandangan mengenai ‘keistimewaan’ yang beliau peroleh sebagai orang berkulit putih dalam ciapan di Twitter miliknya.

Sumber: Twitter Harry Styles

Selena Gomez

“Mereka berhak untuk dapatkan lebih baik. Mereka berhak untuk didengari”

Rihanna

“Melihat orang-orangku terbunuh dan dihukum mati hari demi hari menjadikan ianya berat di sudut hati,” tulisnya.

Apa-apa pun sama-sama kita doa supaya rusuhan isu ini dapat diselesaikan segera.Untuk berita dan perkembangan terkini, korang boleh saksikan hanya di TV3 dan Youtube Buletin TV3.

Sumber: Twitter, Instagram.

Syafiqa Irdina