Categories: Trending

PKPB : Gunting Rambut Di Kedai & Rumah Masih Dalam Senarai Terlarang

Patuhi SOP!

Nampak gayanya kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi walaupun kes jangkitan Covid-19 semakin berkurangan.

SOP sedang dirangka

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menyiapkan SOP berhubung keluhan orang ramai dan pengusaha kedai gunting rambut.

Untuk kedai gunting, memang tidak dibenarkan sama sekali untuk gunting rambut. SOP sedang disediakan, saya percaya MKN sedang sediakan SOP bersama KKM.

Sumber : Google

” Kita menunggu dari MKN untuk bentangkan SOP jika sudah siap tapi setakat ini belum lagi.

Bagaimanapun, tarikh sama ada kedai gunting rambut dibuka atau tidak, ianya bergantung kepada SOP yang dibentangkan nanti.

Upah tukang gunting rambut juga adalah dilarang!

Sumber : Google

Selain itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  juga turut memberitahu bahawa mengupah tukang gunting rambut ke rumah dan membuka kedai gunting rambut masih dalam senarai terlarang.

Salma Syahbuddin