Categories: Trending

Perdana Menteri Dimasukkan Ke Hospital Pagi Tadi

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital di ibu negara pagi ini bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami diarea sejak semalam.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri mengalami diarea sejak semalam.

“Sehubungan itu, beliau didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” katanya dalam kenyataan itu.

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin