Categories: Trending

Permohonan Baru BPR Dibuka Sehingga 15 Februari

Umum maklum, Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dipercepatkan daripada Mei kepada hujung Februari sudah dibuka untuk permohonan sehingga 15 Februari ini.

Baca artikel berkaitan : Syarat Layak Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021

BPR akan memanfaatkan golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan dengan bantuan sebanyak RM300, manakala bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 akan menerima RM150. 

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata permohonan BPR itu boleh dibuat melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Bantuan berkenaan diharap dapat memanfaatkan lebih lapan juta penerima B40 yang lulus di bawah BPN 2.0 dan Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020), selain mereka yang lulus permohonan baharu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 secara maya, hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”