Categories: FeaturedTrending

Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 Mulai 1 April, Bantuan RM1, 000 Buat PKS Yang Layak

Kerajaan bakal melaksanakan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) bagi memastikan sektor perniagaan mendapatkan bantuan untuk beroperasi semula.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.

“Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April bagi PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini.

“Geran ini dijangka memanfaatkan lebih sejuta usahawan,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dank Eonomi (Pemerkasa) pada Rabu.

Terdahulu, kerajaan memperkenalkan lima pakej bantuan bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion pada Mac 2020 dan diikuti Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan berjumlah RM10 bilion, sebulan kemudian.

Segala maklumat lanjut tentang Geran Khas Prihatin yang terkini akan diperincikan dan diumumkan melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ dalam masa terdekat ini.

Tonton video di bawah untuk info lanjut:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”