Categories: Trending

Permohonan Lanjutan Moratorium Bermula Esok

Kementerian Kewangan Meminta agar semua individu yang ingin melanjutkan tempoh moratorium hadir ke bank bermula esok bagi membuat permohonan lanjutan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, tujuannya adalah untuk mengelakkan kesesakan 7.7 juta peminjam yang dijangkakan akan membuat permohonan pada saat akhir.

Rebut peluang sebelum terlambat

Dinasihatkan agar peminjam yang mengambil moratorium menggunakan kesempatan yang ada agar tidak terkesan dikemudian hari.

” Bila tamat saja tempoh permohonan, sekiranya mereka gagal mendapat lanjutan itu ia sudah tentunya akan beri kesan yang sangat besar berbanding situasi yang mereka hadapi kini

“Diharapkan rakyat yang layak untuk memohon lanjutan moratorium ini untuk gunakan ruang dan peluang yang diberikan oleh kerajaan”

Tambahnya lagi, peminjam perlu bertanggungjawab dengan diri sendiri kerana moratorium lanjutan ini bukanlah automatik seperti moratorium yang diberikan oleh kerajaan.

Keutamaan diberikan buat mereka yang hilang pekerjaan

Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa lanjutan moratorium dan bank bersasar selama tiga bulan akan diberikan terutamanya buat golongan yang terjejas akibat krisis Covid-19. Termasuklah mereka yang hilang pekerjaan dan terjejas punca pendapatan.

Salma Syahbuddin