Categories: Trending

Pfizer-BioNTech Mohon Kebenaran Suntikan Dos Ketiga

Pfizer dan BioNTech mengumumkan mereka akan meminta kebenaran perundangan untuk dos ketiga vaksin COVID-19 yang mereka hasilkan.

Ia hadir selepas data awal dari ujian yang berterusan menunjukkan suntikan ketiga mendorong tahap antibodi lima hingga 10 kali lebih tinggi terhadap strain coronavirus asal dan varian Beta, yang pertama kali dijumpai di Afrika Selatan, berbanding dua dos pertama sahaja.

“Ia hadir selepas data awal dari ujian yang berterusan menunjukkan suntikan ketiga mendorong tahap antibodi lima hingga 10 kali lebih tinggi terhadap strain coronavirus asal dan varian Beta, yang pertama kali dijumpai di Afrika Selatan, berbanding dua dos pertama sahaja” menurut satu kenyataan.

Selain itu, dos ketiga ini akan menunjukkan prestasi yang baik terhadap strain Delta yang sangat mudah menular, dan dengan cepat menjadi dominan di seluruh dunia.

Syarikat itu menambah bahawa, berdasarkan penurunan keberkesanan yang dilihat di Israel selepas enam bulan, mereka percaya bahawa dos ketiga mungkin diperlukan dalam masa 6 hingga 12 bulan selepas vaksinasi penuh.

Malah, kajian klinikal juga akan bermula pada bulan Ogos, tertakluk kepada kelulusan perundangan.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin