MKN Diharap Terus Tutup Ekonomi, Industri Non Essential Lepas Tamat PKPD

Majlis Keselamatan Negara (MKN) diharap terus menutup sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat di banyak daerah di negeri Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari perkara itu merupakan cadangan yang dikemukakan kepada MKN dalam usaha mengurangkan peningkatan jangkitan COVID-19 di Selangor.

Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi jumlah kes harian COVID-19 negara. Pada Khamis, negeri itu mencatatkan 4,152 kes keseluruhan.

“Jumlah kes yang tinggi di Selangor antaranya akibat saringan menyeluruh di kawasan PKPD serta saringan kontak rapat dari kes positif di PKPD,” katanya lagi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”