Categories: Trending

PKP Bakal Dilaksanakan Jika Kes Cecah 3 Angka

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.

” Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri.

” Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat,”

Masih belum terlewat sekiranya…

Tindakan mengetatkan semula SOP di semua kawasan termasuklah, restoran dan kawasan yang sering dikunjungi oleh orang ramai diharap masih belum terlambat.

Dan, tindakan ini belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok.

Rentas negeri masih dibenarkan

Tambahnya lagi, setakat ini rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain yang akan disampaikan hari ini.

Ismail Sabri juga turut meminta agar orang ramai menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP ditetapkan dan tidak mengharapkan pasukan keselamatan.

” Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keluarga terdekat supaya mengikut SOP.

” Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan” Jelasnya.

Salma Syahbuddin