Categories: Trending

PKPB: Tidak Wajib Kuarantin Diri Selama 14 Hari Jika …

Semenjak rentas negeri atas urusan kerja dibenarkan, timbul beberapa kes yang melibatkan majikan mengarahkan pekerja untuk melakukan tempoh kuarantin selama 14 hari.

Namun, dalam sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan berkata buat mereka yang merentas negeri di dalam Semenanjung, kuarantin diri tidak diperlukan.

“Tindakan itu tidak dibenarkan kerana dari segi peraturan MKN, hanya rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin 14 hari, selain rakyat dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menambah bahawa majikan yang memaksa pekerja kuarantin diri dan memberi cuti tanpa gaji boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan oleh Kementerian Sumber Manusia.

” Ia menjadi kesalahan kerana tidak mengikut garis panduan dikeluarkan MKN,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Untuk info lanjut tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”