Categories: Trending

“Power Habis” – Polis Bantuan KTMB Pakai Helmet Ala ‘Ejen Ali’ Untuk Check Suhu

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengekang penularan Covid-19 di negara kita, salah satunya ialah untuk mewajibkan pemeriksaan suhu sebelum masuk ke sesebuah premis.


Terbaru, tular di Twitter apabila beberapa foto polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dilihat memakai helmet seakan Iris Neo Ejen Ali untuk menjalankan pemeriksaan suhu. 


Dalam satu ciapan, helmet tersebut dikatakan berfungsi untuk mengimbas suhu badan dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

Difahamkan, anggota polis yang membuat rondaan dapat mengesan penumpang yang bergejala melalui alat tersebut. 

“Ejen Ali! Ini Iris Neo Plus

Rata-rata netizen teruja dengan penggunaan helmet itu dan menyamakan helmet berkenaan dengan salah satu alat ciptaan yang digunakan dalam filem Ejen Ali iaitu Iris Neo.

Wah! Nampak cool and smart je bila abang polis pakai. Menang kreatif habis lah!

Sumber: IniAlannn Twitter

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”