Categories: Trending

Bantuan Khas RM1,000 Buat Penjawat Awam Pulau Pinang

Pastinya ini berita baik buat penjawat awam!

Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tersebut.

Bayaran akan diterima pada…

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Yeow, bayaran bonus itu melibatkan RM5.5 juta dan akan dibayar pada Disember 2020.

“Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara serta semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta semua anggota perkhidmatan Persekutuan atas pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan.” Katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 Negeri Pulau Pinang.

RM300 buat Penyelia dan Guru

Tambahnya lagi, bayaran sebanyak RM300 akan disalurkan kepada;

  • 1,587 Penyelia dan Guru
  • 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat
  • 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat
  • 590 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina

Manakala, pemberian sebanyak RM200 juga akan diberikan kepada 320 orang Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang pada Disember ini yang melibatkan tambahan perbelanjaan RM898,900.

Salma Syahbuddin