Categories: Trending

Immortal Songs: Persembahan Adira Bikin ‘Goosebump’ Tapi Kenapa Markah Rendah? Netizen Kecewa, Label Juri Sebagai…

Pastinya program realiti Immortal Songs yang berlangsung pada Ahad lepas ternyata berjaya mencuri perhatian penonton.

Masakan tidak, buat pertama kali dalam Immortal Songs, kutipan markah yang seri diraih oleh Syamel dan Erni Zakri.  

Namun, dalam kekecohan tersebut terselit rasa tidak puas hati dikalangan netizen apabila markah yang diberikan oleh juri kepada ‘Ratu OST’ drama rantaian tempatan iaitu Adira didakwa tidak setimpal dengan persembahan memukau dari beliau. 

Netizen ‘bengang’ dengan juri awam?

Rata-rata netizen menyuarakan rasa bengang dengan pemberian markah kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Maaf ini, lantas menyifatkan kehadiran juri awam dalam program realiti nyanyian dengan barisan artis popular itu adalah tidak sesuai. 

Adira kutip markah paling rendah

Bukan itu sahaja, netizen turut mempersoalkan mengapakah kutipan markah Adira lebih rendah berbanding penyanyi baru, Adzrin dan Layla Sania walaupun persembahan dan gubahan muzik yang diberikan penyanyi itu turut mendapat pujian dari penyanyi lagenda, Fauziah Latiff. 

“You drown us into your world! For me, itu adalah satu point yang sangat penting dalam setiap persembahan and u did it! Congratulation, Adira!

Fauziah Latiff |Penyanyi

Apapun, masing-masing punya pendapat yang berbeza. Apa yang penting persembahan Adira memang berjaya buat ramai penonton goosebump

Salma Syahbuddin