Categories: Trending

Ramona Zamzam Dedah Keperibadian Mira Filzah – “Tak Pernah Tinggal Solat, Walau Terpaksa ‘Remove’ Make Up Berkali-Kali

Pelakon Ramona Zamzam menyifatkan pelakon, usahawan dan juga pengacara program Nona iaitu,  Mira Filzah bukan sahaja memberikan ‘vibes’ yang positif kepadanya dari segi sikap dan ketenangan yang dimiliki pelakon cantik itu.

Malah, beliau mendedahkan sikap pelakon yang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu menerusi akaun instagram miliknya ketika menjawab soalan peminat menerusi segmen Ask Me A Question.

” I understand why Mira so loved by many…”

Itu adalah persepsi rakan artis yang mengenali Mira Filzah apabila melihat kepada personaliti pelakon tersebut.

Menurut Ramona, Mira memiliki keperibadian yang sangat tenang berbanding dirinya yang agak ‘kecoh’ dan perkara itu disedarinya ketika mereka berdua terlibat dalam penggambaran drama bersama-sama baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Mira sangat mementingkan solat meskipun terpaksa membuang solekan beliau berulang kali ketika di set penggambaran.

 

Dan disebabkan perkara tersebut, maka tidak hairanlah sekiranya Mira Filzah amat disenangi sehingga digelar sebagai “The Malaysian Sweetheart”.

Salma Syahbuddin