Categories: Trending

“Sekali Dengar Terus Suka Dengan Lagu Ni” – Peminat Gemarkan Gabungan FT, Nana, Jac & Tuju Dalam #BaikSemula

Lagu #BaikSemula yang didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique mendapat respon positif orang ramai.

Menerusi ruangan komen di saluran YouTube TV3, lagu terbabit menerima maklum balas yang baik dalam menyuntik elemen positif ketika dunia berdepan dengan pandemik.

Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) berbesar hati dapat bekerjasama dengan penaja utama, McDonald’s Malaysia, penaja bersama, Celcom XPAX dan Sabella serta rakan penaja Shell memperkenalkan inisiatif #BaikSemula agar rakyat Malaysia terus bangkit dan tabah meneruskan kehidupan harian.

#BaikSemula merupakan sebuah lagu istimewa yang dibawakan oleh AJL35 bertujuan untuk menyuntik semangat baharu rakyat Malaysia dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities Malaysia #untukRMHCMalaysia.

#BaikSemula ini turut menyeru penyokong setia AJL35 untuk mengikut trend #BaikSemula di media sosial sebagai tanda kebangkitan semula semangat rakyat Malaysia. Kongsikan #BaikSemula versi anda bersama kami!

1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula

2. Muat naik video anda di Media Sosial Facebook, Instagram, twitter, YouTube atau di Aplikasi TikTok

3. Sertakan #BaikSemulaCover #BaikSemula #AJL35 di dalam video anda

4. Video terpilih akan dipaparkan di Malam Anugerah Juara Lagu 35 dalam persembahan istimewa Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana!

Padin