Categories: FeaturedTrending

“Bukan B*d*h Tapi Triggered Memori” – Penonton Pertahankan Watak Ean Dalam Takdir Yang Tertulis

Drama terbaru bersiri Takdir Yang Tertulis nampaknya semakin berjaya mendapat impak di hati para penonton walaupun baru sahaja beberapa minggu ditayangkan.

Drama yang kini ditayangkan di episod kesembilan menerima pelbagai reaksi daripada penonton di laman Twitter.

Menerusi satu perkongsian  Twitter oleh Alvin Chong yang melakonkan watak Ean, Alvin sempat memuatnaik sedutan episod yang menunjukkan Ean meratapi memorinya bersama Ruhila (Elvina Mohammad).

Alvin turut menulis kapsyen “Ean tak boleh move on lagi, bodoh ke kau” dan rata rata penonton membalas ciapan tersebut dengan mempertahankan watak Ean.

Malah, ada segelintir yang turut sama memahami perasaan Ean yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku antara dirinya dan Ruhila.

 

Nampaknya plot drama ini semakin hari semakin membuatkan ramai tak keruan. Apapun, kalau korang nak tahu kesudahan konflik antara Ean, Ruhaila dan Juwita jangan lupa saksikan Takdir Yang Tertulis di slot Samarinda Hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam hanya di TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”