Trending By: Salma Syahbuddin September 18, 2020 @ 5:14pm

Rasai Keunikan Pulau Terapung Hanya di Sunway Lagoon

Pastinya pengalaman korang ketika berkunjung ke Sunway Lagoon menjadi antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Dan, kali ini pihak Sunway Lagoon tampil dengan tarikan terbaharu mereka yang dikira amat unik yang dikenali sebagai Upcycled Floating Island Ft. Pinky dan merupakan pulau terapung buatan manusia.

Diperbuat daripada sisa kitar semula

Sumber : xtra.com.my

Upcycled Floating Island adalah hasil titik peluh daripada 8 orang tenaga kerja dan pembinaan pulau tersebut hanya mengambil masa selama 14 bulan sahaja. Wow!

Apa yang uniknya tentang pulau terapung ni adalah, ianya diperbuat daripada sisa kitar semula. Merangkumi lebih 300 kilogram kepingan Styrofoam, botol plastik dan tong klorin.

Kos pembinaan pulau ini juga mencecah sehingga RM150,000,00 dan menjadi tarikan di Sunway Lagoon kerana, pulau tersebut terapung di tengah tasik dan penjaga zoo akan menaiki bot bagi memastikan keperluan Upcycled Floating Island ini terjaga.

Sumber : xtra.com.my

Kesedaran kepada pengunjung

Sumber : xtra.com.my

Pihak Sunway Lagoon juga bertanggungjawab dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan untuk mengitar semula dan mereka percaya bahawa, tarikan baharu ini akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya dalam melindungi alam sekitar.

So, apa tunggu lagi! Bagi korang yang belum menyaksikan pulau terapung ini, bolehlah datang bersama keluarga tersayang dan melihat sendiri keunikan pulau terapung yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

Penulis : Mohd Afiq Kandi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Tue, 10 Sep 2019

Lelaki minta tunang buktikan masih dara, Dr Amalina kesal!

Fakta: dara boleh hilang sekalipun tidak pernah melakukan hubungan kelamin

Trending Sat, 28 Nov 2020
Trending Wed, 8 Jun 2022

Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

PA Fify jelaskan perkara sebenar tentang dakwaan bawa lari duit RM15,000.

Featured Wed, 28 Nov 2018