Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 28, 2020 @ 2:23pm

Gementar Dengan AC Mizal, Uyaina Arshad Luah Rasa Risau

Pengacara dan pelakon jelita, Uyaina Arshad meluahkan rasa gementar bergandingan dengan hos popular, Datuk AC Mizal.

Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, bakal menggalas tugas pengacara bersama menggantikan Azira Shafinaz dalam program Vokal Mania yang bersiaran malam ini.

“Untuk episod minggu ini, saya menggantikan Azira. Saya mendapat panggilan beberapa hari lalu dan berbesar hati menerima tawaran yang diamanahkan.

“Pada awalnya, saya gementar. Rasa risau pun ada, lagi-lagi bila terfikir yang saya bakal digandingkan dengan AC.

“Sebagai seorang hos baru, saya sangat kagum dengan cara AC. Dia seorang pengacara senior yang selalu mengendalikan program besar dan dia sangat berbakat.

“Namun begitu, apabila menjalani sesi latihan malam tadi, perasaan itu berjaya dikawal dan semuanya berjalan lancar.

“Sangat senang nak bekerjasama dengan AC. Saya harap malam ini semuanya akan berjalan dengan lancar, Insya-Allah,” katanya ketika dihubungi oleh Xtra.

Tambah Uyaina, ini merupakan pengalaman pertamanya mengendalikan acara nyanyian berskala besar di Malaysia.

“Saya anggap tawaran ini adalah platform untuk saya belajar dan mendapat input positif dalam membina kerjaya sebagai hos.

“Sebelum ini saya sering mengendalikan rancangan bicarawara seperi Wanita Hari Ini, program realiti untuk gadis berhijab, program berbentuk majalah dan banyak lagi.

“Biarpun hanya menggantikan Azira untuk minggu ini, mengendalikan Vokal Mania adalah pengalaman pertama saya mengemudi program nyanyian berskala besar di Malaysia.

“Saya akui sebelum ini saya pernah ada pengalaman mengendalikan program sebegini di Indonesia menerusi pertandingan realiti dangdut, D Academy Asia, tetapi itu di negara seberang.

“Saya tetap rasa sedikit gementar dan mahu memberikan persembahan yang terbaik sebagai hos bersama di Vokal Mania,” katanya lagi.

Saksikan kemunculan Uyaina sebagai pengacara bersama Vokal Mania disamping AC pada malam ini!

Jangan lupa undi rookie kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, pukul 9 malam di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

[VIDEO] Mimi Fly Menangis Padam MV Serumpun Versi Pertama – “Tiada Siapa Paksa Tapi Keputusan Itu Tak Mudah”

Mimi Fly padam MV Serumpun versi pertama selepas rasa niat awalnya dah menyimpang

Trending Wed, 14 Oct 2020
Featured Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Wed, 24 Jan 2024

“Ramai Salah Faham”- Sufian Suhaimi Baru Merisik, Belum Bertunang

Oh! Baru merisik rupanya… semoga kekal ke jinjang pelamin lah yer! Dua dua sama cantik sama padan!

Konsert Mon, 5 Feb 2024

Sajikan Dengan Pelbagai Kejutan, Konsert Lovechestra Mahalini Live in KL Buat Penonton Terpukau!

Memang best betul konsert Mahalini pada Sabtu lepas! Min masih tak boleh move on lagi!

Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Wed, 15 May 2024
Hiburan Mon, 15 Dec 2025

“Menantu Aku Handsome, Anak Aku Cantik” – Gelagat Ibu Erra Fazira Curi Tumpuan, Netizen Puji Mr. E Pandai Ambil Hati Ibu Mentua

ibu aktres filem popular Sembilu ini juga turut menunjukkan isyarat tangan sepadan dan sesuai

error: Content is protected !!