Trending By: Salma Syahbuddin August 17, 2020 @ 5:43pm

Remaja Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Dipenjara Hingga Terima Pengampunan Agong

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, mensabitkan seorang remaja lelaki yang dijatuhi hukuman penjara selama mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi hari ini akhirnya didapati bersalah kerana menyebabkan kematian 23 mangsa dikalangan anak-anak tahfiz dalam satu kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September 2017.

Tidak dikenakan hukuman mati atas sebab…

Sumber : Google

Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman penjara terhadap remaja itu yang kini berusia 19 tahun sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampui keraguan munasabah.

” Oleh sebab penama tidak boleh dikenakan menjalani hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 semasa kejadian di bawah umur dan tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak”

Sumber : Google

Tertuduh didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Terdahulu pada prosiding yang bermula tepat jam 3 petang, tertuduh yang memakai kemeja-T hitam putih kelihatan tenang dan hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding.

Sumber : Berita Harian, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 May 2019

#SetulusIkhlas : Kasih Seorang Bapa, Tidak Halang Anak Peluk Islam

Begitu jelas sekali bahawa kasih seorang ayah itu tiada batas agama

Featured Sat, 21 Jan 2023

Cecah Puluhan Juta? Siti Nurhaliza Tampil Perjelas Spekulasi Kediaman Mewah Di Dubai

Wow betul ke puluhan juta 🤩 Haa Tokti dah jawab tu!

Hiburan Wed, 8 Mar 2023
Trending Sat, 8 May 2021

Berikut Adalah Senarai 9 Sekatan Jalan Raya Di Ibu Negara

Korang boleh tengok jalan mana yang kena roadblocks okay!

Featured Thu, 16 Mar 2023
Trending Thu, 1 Aug 2019

懒男福音!日本超狂商品「伪胸肌垫」穿上身秒变天菜

天下没有白吃的午餐,健壮的肌肉往往都要经过许多的苦练才能练成,不过最近日本却出现了一样神奇发明,堪称是造福广大男性的福音啊

Trending Wed, 20 Jun 2018

Pembantu Trump Undur Diri?

Nampaknya Joe juga mengucapkan selamat tinggal kepada presiden AS itu! Beliau juga menyertai senarai panjang bekas petugas yang mengundurkan diri dari Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu, sama ada secara sukarela atau kerana dipecat.

| Live TV