Trending By: SGMS Enal September 8, 2018 @ 11:17am

Renjatan Elektrik Bila Pegang Troli Pasaraya?

Pernah juga tertanya-tanya, apakah punca ianya terjadi dan ianya adalah perkara yang biasa atau tak?

Mungkin sebahagian dari kita pernah kena renjatan elektrik semasa membeli-belah di pasaraya seperti gambaran di atas.

“Kenapa?” Adakah anda seperti awan yang mendung, yang berarak, bawa tangis, bawa resah? Dan cukup masa, tiba-tiba awan tersebut terus menghamburkan kilatan yang membelah bumi?

via GIPHY

Jawapan mudahnya: Nyahcas elektrostatik.

“Nyahcas?” Nyah kau! Nyah di sini bermaksud pelupusan. Maka nyahcas adalah “pelupusan cas”.

Untuk membantu kita memahami isu ini, kita perlu memahami konsep nyahcas elektrostatik. Jasad yang bercas positif dikatakan ada pada jirim yang kekurangan elektron (yang bercas negatif). Jasad yang bercas negatif pula dikatakan terdiri dari jirim yang kelebihan elektron. Di sini, penentu kuantiti cas bagi suatu jirim adalah elektron semata, kerana dengan pergerakan elektron-lah terhasilnya arus, samada arus nyahcas, atau arus elektrik yang biasa. Elektrostatik disini bermaksud cas yang ada pada objek dan berada dalam keadaan “diam”.

“Bagaima-” Sabar. Sabar. Nyahcas berlaku apabila dua objek yang mempunyai cas purata yang berbeza berada pada jarak yang dekat, atau bersentuh [1]. Ini berlaku kerana bagi dua objek yang berbeza cas, iaitu cas positif dan negatif, cas-cas tersebut akan cuba “mengimbangi” antara satu sama lain. Dalam memahami arus elektrik, arus akan mengalir apabila terdapat perbezaan keupayaan, atau terminal anod dan katod, seperti pada sebiji bateri yang mempunyai cas yang berbeza.

via GIPHY

Walaupun berbeza dengan arus elektrik, dalam perihal nyahcas elektrostatik, perkara yang hampir sama berlaku. Pergerakan elektron secara mengejut antara dua jasad menghasilkan apa yang kita katakan sebagai “renjatan” atau nyahcas elektrostatik. Berbeza dengan aliran arus elektrik yang tidak mengalami proses perubahan cas purata, bagi proses nyahcas elektrostatik, cas purata pada kedua-dua jasad yang berinteraksi tersebut berubah.

Bahkan voltan yang boleh terhasil dari nyahcas badan kita boleh mencapai sehingga 15,000V! [3] Akan tetapi, kebiasaannya arus yang terhasil adalah kecil, maka ianya tidak merbahaya pada kebiasaannya untuk kes pemegang troli di atas.

“Kenapa ada cas pada badan?”

Ini adalah disebabkan pergeseran kita dengan objek di keliling kita yang menyebabkan perpindahan cas pada badan. Badan manusia adalah seolah-olah sebiji kapasitor yang besar, yang berupaya menyimpan cas. Tanpa disedari, badan kita telah menjadi “tangki” cas tersebut. Cas tersebut akan lebih mudah terkumpul dengan pemakaian fabrik yang sintetik seperti polyester atau karpet yang diperbuat daripadanya juga. Malahan terdapat kajian yang khusus mengukur tahap cas pada karpet kita! [2]

Antara yang selalu disarankan adalah menyentuh objek logam yang bersambung pada bumi apabila berada di kawasan yang menganjurkannya, seperti di stesen petrol. Ini adalah saranan yang paling berkesan .

Bagi pekerja kilang elektronik pula, mereka memandang isu nyahcas elektrostatik dengan lebih serius. Badan mereka sentiasa “dibumikan”.

Untuk kita dalam kehidupan seharian tidaklah perlu jika tidak berada dalam keadaan demikian.

Kesimpulan

Pengajaran di sini yang kita perlu ambil adalah, renjatan nyahcas elektrostatik bukanlah fenomena yang aneh. Akan tetapi berjaga-jaga dengan kesannya, terutamanya apabila berada di stesen petrol atau bahan mudah bakar. Komponen elektronik juga boleh mengalami kerosakan jika anda memegangnya tanpa segan silu dan tidak memakai sarung tangan.

Ingat, keselamatan adalah keutamaan.

Penulis: Vizier87

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page FB kami iaitu Root of Science.

Rujukan:

[1] Okoniewska, E., Stuchly, M. A., & Okoniewski, M. (2004). Interactions of electrostatic discharge with the human body. IEEE Transactions on microwave theory and techniques52(8), 2030-2039.[2] Chakravarti, K., & Pontrelli, G. J. (1976). The measurement of carpet static. Textile Research Journal46(2), 129-134.[3] http://www.electrostatics.net/articles/static_shocks.htm[4] Burgess, A. (2007). Real and phantom risks at the petrol station: The curious case of mobile phones, fires and body static. Health, risk & society9(1), 53-66.

Sumber: Siakap Keli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 May 2021

“Rakyat Yang Lain Berintegriti? Jangan Sibuk Jaga…” – Video PKP Lagi & Lagi Uyaina Arshad Dipuji Ramai

Pelakon dan pengacara Wanita Hari (WHI), Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang mengandungi pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai mengenai situasi semasa COVID-19. Dalam video tersebut, Uyaina menyentuh mengenai sikap […]

Trending Sun, 1 Dec 2019

Dipercayai Hampir 10 Kesan Cucuk, KKM Tampil Siasat Isu Tangan Bayi

Kesiannya lihat tangan bayi kecilmempunyai kesan suntikan yang banyak.

Featured Mon, 27 Feb 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Ruhainies dan Nazim Othman berlakon bersama

Trending Sat, 13 Jun 2020
Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga