Trending By: Salma Syahbuddin March 24, 2020 @ 9:00am

Ringankan Bebanan Rakyat, Pengeluaran Akaun 2 KWSP Kini Boleh Dibuat Bermula 1 April

Inisiatif ini diumumkan kerajaan bagi mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan Covid-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan.

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun kini boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2  tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media khas di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa berkata, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP itu berjumlah RM40 billion.

Sumber : Google

“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa April 2020 akan membolehkan pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini…yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga,” 

Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan ini diambil berikutan ada diantara masyarakat Malaysia yang begitu memerlukan terutamanya dalam keadaan negara kita sekarang ini.

“InsyaAllah, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga,” Katanya.
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Featured Tue, 30 Jan 2024

“Saya Tak merajuk, Saya Dah Penat” – Hattan Nekad Bersara Dalam Bidang Nyanyian 

Respek Datuk! Moga sentiasa sihat dan terus menghiburkan ramai orang🫰

Selebriti Wed, 13 Mar 2024
Trending Sat, 16 Jun 2018

超狂的双人酒杯要「动作同步才能喝」

独饮虽然很有情调,但有时候也会稍嫌无趣,跟朋友一起喝才HIGH!

Hiburan Mon, 4 Mar 2024