Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 21, 2023 @ 11:23am

Siti Nurhaliza Adakan Konsert Mac Depan, Tapi Ada Pula Yang Minta Tangguh… Ini Respons Siti Nurhaliza – “Saya Dah Fikir Segalanya”

Heboh di media sosial apabila penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert solo pada tahun hadapan.

Konsert yang diberi nama Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza itu akan berlangsung pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ternyata pengumuman tersebut memecah kerinduan peminat untuk menyaksikan konsert mega Siti selepas kali terakhir adalah kira-kira lima tahun lalu.

Terbaharu, Siti berkongsi butiran-butiran konsert seperti susun atur dan juga harga di Instagram (IG).

Siti Nurhaliza

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa tidak sabar untuk membeli tiket yang mula dijual pada 21 Disember ini.

Namun disebalik kemeriahan itu, ada juga yang mempersoalkan mengapa Siti adakan konsert dikala rakyat di Palestin masih teruk dibantai.

“Saudara kita kat Palestine tengah berperang, masih nak buat konsert ke Tokti? Maaf sekadar bertanya, kalau dapat tangguh dulu Tokti please,” soal seorang netizen.

Siti Nurhaliza

Tidak berdiam diri, Siti tampil membalas komen tersebut dengan menyatakan segalanya telah difikirkannya sebelum membuat keputusan untuk mengadakan konsert tersebut.

“Kena check anjuran siapa dan apa fungsi Yayasan ni untuk bantu saudara kita. Insya-Allah saya dah fikir segalanya,” balas Siti.

Siti Nurhaliza

Untuk makluman, Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza itu dianjurkan oleh Nurjiwa Foundation dan dipersembahkan oleh Cuckoo.

Tiket yang bermula dari harga serendah RM129 hingga RM799 itu boleh dibeli di www.klticketing.com mulai 21 Disember jam 2 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Beri Bayangan Adakan Konsert Mega? Peminat Mula Berteka-Teki

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Dalam Konsert Berskala Mega Di Stadium Nasional Bukit Jalil? – “Mungkin Sebelum Saya Bersara”

ARTIKEL BERKAITAN: “Janganlah Ya… Saya Tak Pernah Risau” – Nama ‘Dipetik’ Ketika Buat Perbandingan Jumlah Penonton SNBJ, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Sumbang Sebahagian Pendapatan Untuk Bantu Palestin, Syukur Pengurus & Murid Sekolah Afwa Al Aafiyah Selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dejavu Teringat Pentas 360 Darjah Di Konsert Mega 2001, Sempat Pesan Jangan Bandingkan Bakat Lama & Baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall & Rakam Album Tradisional Baharu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Apr 2025

Beraya Di Johor, Irfan Haris Bongkar Kisah Disebalik ‘Velocity Cinta’ Fattah Amin & Amira Othman – “Tak Sangka Abang Long Bagi Mini Love”

Pada mulanya Irfan terkejut apabila ibunya memasak hidangan sambal udang dalam kuantiti yang banyak

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

#AnggunLife : Jadi Duta Pelbagai Jenama, Amyra Rosli Makin Selesa

Alhamdulillah…rezeki Amyra mencurah-curah sejak kehadiran si comel, Aqeef Anaqi.

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Anak-Anak Jadi Kurang Ajar, Sasha Abdul Aziz Hentikan Penggunaan Gajet 

Sasha turut memberi bayangan dia bakal memberikan gajet semula kepada anak-anaknya ketika mereka mencecah usia 15 tahun

Hiburan Tue, 6 Feb 2024
Hiburan Fri, 3 Jan 2025

[VIDEO] Perniagaan Sate Bhalut Didakwa Terlalu Mahal, Ini Penjelasan Mark Adam

Sate Bhalut didakwa mahal, Mark Adam perjelas kos perbelanjaan

error: Content is protected !!