Categories: Trending

“Saya Datang Sini Untuk Kerja” – Safawi Rasid Luah Rasa Bengang, Netizen Minta Fokus Dengan Karier

Penghijrahan bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid ke Liga Portimonese SC, Portugal membawa nama baik beliau dan bekas pasukannya ke persada antarabangsa.

Namun, baru-baru ini Safawi dilihat ‘bengang’ dengan tindakan sesetengah pihak yang suka melaporkan isu mengenai kehidupan peribadinya. 

Hormat Sikit!

Menerusi muat naik di laman Twitter miliknya, Safawi menegaskan bahawa penghijrahan beliau ke Portugal itu adalah atas dasar kerja semata-mata. 

Bagaimanapun, Safawi berasa kurang senang mengenai beberapa laporan yang mengatakan pelakon Syifa Melvin berjanji untuk menjaga keluarga Safawi baru-baru ini.  

Jangan bimbang pasal media, itu kerja mereka!

S Sesetengah netizen didakwa kurang bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh pemain bola tersebut dan mahu Safawi terus fokus terhadap kerjayanya di Portugal. 

Ciapan yang dimuat naik oleh Safawi itu telahpun di ulang kicau sebanyak 4,1000 sejak ia dimuatnaik pada Selasa.

Salma Syahbuddin