Categories: Trending

‘Saya Kenal Siapa Dalang, Biar Saya Lawan’- Azmin Ali

“ Mereka ini orang-orang lama tetapi datang ke sini malam ini kerana mereka kenal siapa Azmin Ali, mereka tahu saya tidak pernah mengkhianati kawan,” kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika berucap di majlis doa selamat dan kesyukuran malam tadi.

Azmin yang berucap di hadapan lebih 3000 penyokongnya memaklumkan beliau tahu siapakah dalang utama di sebalik penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan dirinya.

“Saya tahu siapa dalang, saya amat tahu. Saudara-saudari hendak tahu siapa dia. Kita serahkan pada pihak berkuasalah,”katanya.

Tegas Azmin lagi, beliau berjanji akan bangkit melawan segala serangan yang dilemparkan.

“Biarkan saya berlawan dengan manusia yang pernah saya kenal sebelum ini. Kesetiaan kita ada batasnya,”katanya.

Majlis kesyukuran turut dihadiri antaranya Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaafar dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa.

Selain itu, turut kelihatan juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon serta beberapa pemimpin kanan PKR lain seperti Tian Chua, Dr. Mansor Othman, Maria Chin Abdullah, Dr. Afif Bahardin, Amirudin Shari dan Mohd. Khairuddin Othman.

SGMS Faida