Categories: Trending

“Saya Nak Buang Janna Nick Yang Dahulu…” – Menangis Terima Trofi Bintang Paling Popular, Janna Nick Akui 2021 Tahun Suram

Selebriti berbakat, Janna Nick mengalirkan air mata kegembiraan ketika menerima trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Terharu menerima 86,374,777 undian, Janna juga membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.

“Saya sendiri tak percaya saya menang. Banyak sangat undian yang diterima. Saya sendiri tak tahu, tetapi saya yakin kelab peminat saya rasa kesedihan dan kekecewaan yang saya rasa selama ini, jadi saya rasa mereka balas dendam.

“Hadiah ini saya anggap sebagai luahan rasa mereka kepada saya untuk saya tidak putus asa. Saya sangat terkejut dengan apa yang mereka buat, tak percaya… Seakan mimpi,” katanya.

Tambah Janna yang kini melibatkan diri dengan bidang penerbitan dan kerja belakang tabir, dia mengakui tahun 2021 adalah tahun yang suram untuknya.

“Tahun ini tahun yang suram untuk saya, tak jangka tahun ini ditutup dengan kegembiraan. Anugerah ini menjadi semangat untuk saya menginspirasikan ramai orang.

“Saya nak buang Janna Nick yang dahulu, sentiasa terpalit dengan kontroversi negatif. Ini peluang untuk saya mulakan semula dan menyebarkan perkara positif,” katanya optimis.

Padin