Categories: Trending

“Selamat Petang & Selamat Malam…” – Berjaya Tewaskan Jep, Shuib & Atu – Asif Suhaimi Speechless Menang Artis Komedi Popular ABPBH 34

Bintang baharu sensasi, Asif Suhaimi berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34).

Menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce, Asif yang dikenali menerusi seleksi video YouTube serta filem Mael Totey arahan Syahmi Syazli bagai hilang kata-kata ketika menerima trofi terbabit.

“Assalamulaikum, selamat petang dan selamat malam. Terima kasih banyak-banyak datang majlis ini,” katanya.

Ketika ditemui di belakang pentas, Asif yang ditemani oleh Syahmi yang juga merupakan sepupunya menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat yang menyokong.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberi dorongan serta selalu mengundi saya.

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih juga kepada keluarga, sanak-saudara dan semua. Saya rasa gembira apabila menerima anugerah ini. Syukur kepada Allah beri saya peluang untuk menerima kejayaan ini,” katanya.

Tidak lama lagi, Asif yang merupakan seorang remaja autism akan memulakan penggambaran filem baharu berjudul 35 MM yang diarahkan oleh Syahmi

Padin