Categories: Kes MahkamahTrending

“Saya Nekad Untuk Berpisah” – Datin Red Nafi Fail Cerai Sebab Suami Ada Masalah Kewangan

Isteri pertama Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim tampil menjelaskan mengenai dakwaan mengatakan dia menuntut cerai kerana suaminya berdepan masalah kewangan.

Memetik laporan mStar, mesra disapa sebagai Datin Red, dia menafikan dakwaan tersebut malah menyatakan bahawa dirinya nekad untuk bercerai.

“Tidak ada kena mengena dengan isu Datuk Red tengah susah. Macam saya cakap, ini bukan keputusan saya tapi ia jalan terbaik.

“Saya memang nekad untuk berpisah,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, sebutan kedua ini ditangguhkan kepada 26 Mac depan susulan ketidakhadiran suaminya.

Selain itu, Datin Red turut memaklumkan bahawa dia dan madunya, Adira Suhaimi tidak sepakat untuk memfailkan cerai.

“Saya tak boleh cakap banyak… itu saja boleh kongsi. Saya dan Adira tidak sepakat (tuntutan perceraian). Itu keputusan dia,” jelasnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Datin Red berkongsi bahawa Datuk Red masih pulang ke rumah dan bertegur seperti biasa.

Namun, mereka tidak pernah membincangkan soal perceraian di rumah malah anak-anak juga tidak mengetahuinya.

“Dia balik saja rumah tapi kami tak pernah bincang mengenai perkara ini. Kami masih sebumbung dan bertegur sapa seperti biasa,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Keputusan Saya” – Hadir Mahkamah Bagi Sebutan Kedua, Datin Red Anggap Cerai Jalan Terbaik

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Di Mahkamah, Hantaran Datin Red Cetus Tanda Tanya – “Ya Allah, Bolehkah Aku Minta Bahagian Kebahagiaanku”

Sumber: mStar

Atiqah Johari