Categories: AcaraTrending

“Saya Tak Nak Terima Sebab Bayaran Sahaja… Soal Duit Dah Jatuh No 10” – Rita Sosilawati

Sempena kedatangan Ramadan, rezeki usahawan kosmetik ternama, Datin Rita Sosilawati untuk dilantik sebagai duta datang tanpa diduga.

Kini dilantik menjadi jurucakap produk barangan elektrik, ESH Electrical Sdn. Bhd. untuk kempen Ramadan dan Syawal ini, Rita menganggap tawaran yang datang sebagai rezeki.

“Jujur, saya tak sangka langsung. Siapalah saya ni, saya bukan artis, pelakon atau penyanyi. Saya hanya usahawan yang memperjuangkan produk kosmetik.

“Namun, mereka nampak saya sebagai seorang wanita yang bekerjaya tapi dalam masa yang sama, saya mampu menguruskan anak-anak, suami dan rumah tangga.

“Rezeki datang tanpa diduga. Saya tak sangka pihak pengurusan ESH merupakan pengikut saya dan gemar melihat video saya memasak dan berkongsi kisah dapur dan mengurus rumah tangga di Instagram.

“Saya terima tawaran terbabit sebab memang saya pakai produk yang dijual. Saya mahu terus bersikap jujur kepada pengikut di Instagram dan mempromosikan barangan yang memang saya dan anak-anak gunakan.

“Saya tak naklah terima tawaran sebab bayaran semata-maya kerana soal duit jatuh di tangga ke-10,” katanya.

Rita ditemui pada majlis perlantikan dirinya sebagai duta ESH Electrical Sdn. Bhd. di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis terbabit turut melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya’ dan menerusi program terbabit, ESH bersama Rita akan turun padang membantu 200 keluarga mangsa banjir yang memerlukan bantuan barangan elektrik untuk kegunaan harian.

“CSR akan dimulakan dalam masa terdekat dan kami akan memberi agihan barangan elektrik yang dijanjikan. Mereka yang minta barangan keperluan seperti dapur gas, periuk nasi. Kita bagi apa yang mereka perlukan bersempena bulan mulia ini kepada 200 keluarga yang tersenarai.

“Saya sendiri turut mengagihkan sumbangan barang keperluan lain seperti beras, gula, tepung dan bekalan makanan,” katanya lagi.

Kredit foto: Nona, KitaReporters

Padin