#SeoulSaranghae: Still Life BIGBANG Kekal Trending #1 Di Youtube

Penantian peminat kumpulan K-pop popular seluruh dunia, BIGBANG akhirnya terbalas apabila kumpulan ini melancarkan lagu terbaharu mereka berjudul Still Life.

Still Life yang dilancarkan pada 4 April 2022 mendapat pelbagai respon positif dari peminat yang rata-ratanya sebak dengan impak lagu ‘comeback’ mereka.

Malah, lagu yang berdurasi 3 minit lebih itu juga berjaya membuatkan pendengarnya menitiskan air mata selain terus trending #1 menerusi platform Youtube. Daebak!

Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan BIGBANG, Choi Seung Hyun (TOP) turut berkongsi pesanan khas buat peminatnya sebaik sahaja pelancaran lagu mereka dibuat.

“Akhirnya, Still Life telahpun dilancarkan. Saya tidak akan berada di sini tanpa bantuan kakitangan YG Entertainment. Terima kasih untuk 16 tahun yang lalu. Ia sangat bermakna bagi saya.

“Saya sedang berfikir saya mungkin akan melalui satu lagi perkara penting iaitu titik perubahan dalam hidup saya dan saya menantikan hari itu apabila saya akan dapat kembali sebagai seorang lelaki yang berinspirasi.

“Saya amat berterima kasih kepada peminat saya. Sekali lagi terima kasih,” tulisnya.

 

Selain G-Dragon, TOP turut terlibat dalam penggubahan muzik dan lirik lagu Still Life.

Untuk makluman, muzik video Still Life telahpun di tonton lebih 25 juta kali sejak ia di muat naik pada Isnin.

 

Salma Syahbuddin