Trending By: Padin October 22, 2021 @ 6:43am

“Saya Tak Raikan Pendapat Mereka, Tapi…” – Yasin Rasakan Golongan Antivaksin Bukanlah Ancaman

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berpendapat kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin adalah bergantung kepada pendirian dan hak masing-masing.

Menurut Yasin, di sekelilingnya ramai orang yang tidak mengambil vaksin lagi dengan pelbagai alasan.

“Mereka ada banyak sebab atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda vaksin. Ikut kepercayaan masing-masing.

“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar vaksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.

“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan vaksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.

Bagaimanapun, Yasin turut merasakan mereka yang digelar antivaksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin.

“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.

“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak vaksin, itu baru masalah. Antivaksin bukanlah ancaman buat kita. Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yasin tampil dengan lagu Vaksin Rindu ciptaan AkhMas bersama dirinya dan lirik pula hasil nukilan Yasin sendiri bersama Suhaimi dan Ghazali.

Lagu yang dilancarkan oleh Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini menjadi salah satu usaha dan inisiatif agar orang ramai yang belum mendapatkan vaksin boleh berbuat sedemikian.

“Saya mendapat tawaran menyanyikan lagu ini bulan lepas. Apabila saya dengar melodi dan baca lirik, saya tak fikir panjang untuk kata ya. Saya terus terima dan nak buat. Lagi pula, saya suka idea yang dibawa Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini.

“Dalam masa sama, saya lebih kepada nak sokong kempen dijalankan mereka. Saya nak raikan matlamat kempen mereka menerusi lagu Vaksin Rindu ini. Melihat usaha mereka ini, ia sesuatu yang bagus kerana ada kesedaran dan mahu tingkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap suntikan vaksin di kala virus Covid-19 masih melanda negara,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yasin berkata dia juga turut memberikan sedikit sentuhannya pada melodi dan lirik.

“Pada awalnya memang saya kena menyanyi saja. Apabila tengok lirik, ia ‘cute’ juga. Lagu sederhana dan santai saja. Disebabkan karya ini daripada NGO, saya tidak boleh ‘treat’ mereka macam orang lain. Jadi, saya ada baiki sikit pada bahagian lirik supaya lagu itu lebih baik hasilnya.

“Sebelumnya saya minta izin dan mereka okay. Ketika dapat tawaran itu pun, muzik sudah siap. Jadi, saya bantu dalam proses ‘mixing’ sikit. Alhamdulillah, hasilnya diharap dapat diterima baik peminat dan sama-sama kita menghayati lagu ini,” katanya.

Lagu Vaksin Rindu bakal dilancarkan secara rasmi pada 21 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Aug 2022
Trending Wed, 17 Jun 2020
Featured Mon, 29 May 2023
Featured Fri, 4 Nov 2022

Hadiahkan Gelang Tangan Emas, Niena Baharun Terharu Dengan Pengorbanan Pengasuh Anak

Pelakon Datin Niena Baharun menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada pengasuh dan penjaga anak-anaknya, Asra Syafikah. Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Niena bersyukur dikurniakan penjaga yang baik hati dan ikhlas menjaga anak-anak. @nienabaharun.nb Perpisahan […]

Hiburan Sun, 11 Jun 2023

Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota Yang Terakhir?

Memang best gila konsert Ella malam tadi!! Terubat rindu ramai penonton nak dengar Ratu Rock menyanyi live

Trending Sat, 19 Oct 2019

Thailand Dijangka Alami Musim Sejuk Suhu Serendah 7 Darjah Celcius

Tak payah pergi jauh jauh lagi kat Thailand pun dah sejuk

Hiburan Wed, 17 May 2023
Trending Mon, 22 Jun 2020
Events Fri, 27 Jan 2023