Umum maklum, semua pemohon BPR fasa kedua boleh membuat semakan status mulai 7 Mei .
Difahamkan, bayaran melalui akaun masing-masing akan diberi kepada penerima yang berjaya mulai 7 Mei hingga 12 Mei.
Namun, mengikut pemerhatian di laman sosial, ramai penerima BPR yang mengeluh kenapa mereka tidak menerima bayaran fasa kedua walaupun fasa pertama telah lulus.
Berikut merupakan sebab kenapa rayuan BPR Fasa 2 tidak berjaya dan antara sebab mengapa penerima berstatus TIDAK LULUS walaupun telah menerima bayaran BPR Fasa 1.
Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus?
Menurut FAQ (Soalan Lazim) Pembayaran BPR Fasa 2 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), kelayakan pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.
Ini bermakna, terdapat proses semakan yang tetap akan dilakukan bagi menyaring penerima BPR Fasa 2 dan seterusnya.
Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut:
Tarikh Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua
Sekiranya anda menerima kod alasan BPR Fasa 2 yang dianggap tidak munasabah atau tidak bertepatan dengan status sebenar anda, maka anda bolehlah mengemukakan rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi.
Menurut kenyataan media, rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan.
Namun, pastikan anda menyertakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh pihak LHDNM .
Sumber : LHDN
Allahuakbar, kenapa pemain bola sepak kita banyak kena serang ni? 🥹
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
See you again!