Trending By: Salma Syahbuddin September 23, 2020 @ 11:56am

Sedia Hadapi Kemungkinan Peningkatan Kes Covid-19 Di Sabah – KKM

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, antara langkah diambil adalah dengan menyediakan katil tambahan di hospital dan mempersiapkan beberapa lokasi sebagai pusat kuarantin.

Sebanyak 692 katil disediakan KKM

Menurutnya, sebanyak 251 katil ditempatkan di Hospital Lahad Datu manakala Hospital Tawau (401) dan Hospital Kunak (40).

Selain itu, Tawau mempunyai satu lokasi yang dijadikan pusat kuarantin iaitu Institut Perguruan Tawau yang menempatkan 720 katil, Palm Inn Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lahad Datu (118), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) (160) dan Felda Sahabat (76).

Antara lokasi kuarantin

Selain hospital kerajaan dan beberapa kawasan disekitar Tawau yang dijadikan lokasi kuarantin, Kunak turut menyediakan 15 katil di Asrama Rumah Anak-Anak Yatim, Rumah Kerajaan Negeri (12) dan Asrama Sekolah Menengah Agama Kunak (100).

Manakala, pusat kuarantin lain di daerah Semporna adalah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Ria yang menempatkan 180 katil bagi tujuan kuarantin sepanjang PRN Sabah berlangsung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Oct 2021
Selebriti Wed, 1 Nov 2023