Categories: Trending

Segera Perbaharui Lesen Memandu & Cukai Jalan Sebelum Tempoh PKPP Tamat Kerana…

Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar mempernaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang sudah tamat tempoh sebelum PKPP ditamatkan.

Ini kerana, ia bagi mengelakkan kesesakan di 885 kaunter di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara.

Lebih 2.18 juta lesen memandu belum diperbaharui

Sumber : Google

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, setakat ini lebih 2.18 juta lesen memandu dan 2.11 juta cukai jalan masih belum diperbaharui di seluruh negara sejak 18 Mac sehingga 14 Jun lalu iaitu sejak pelaksanaan PKP berkuatkuasa.

” Kita minta orang ramai mengambil peluang ini untuk menyelesaikan segala urusan yang tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini” Katanya.

Lokasi perbaharui lesen memandu dan cukai jalan

Antara pejabat yang boleh dikunjungi untuk memperbaharui lesen ialah, pejabat JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara yang beroperasi sehingga jam 10 malam.

Manakala, pembaharuan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal mySIKAP dan cukai jalan yang baharu akan dihantar ke rumah pemohon oleh Pos Malaysia.

Bagaimanapun khidmat ini TIDAK digunapakai untuk pemilik kenderaan komersial dan e-hailing yang mana mereka masih diwajibkan berurusan di kaunter JPJ seperti biasa.

Salma Syahbuddin