Categories: FeaturedTrending

“Selagi Tiada Rasa, Mana Mungkin Boleh Melupakan” – Intan Saleh Luah Perasaan Setelah Bersua Dengan Izreen Azminda?

Pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri kepada suaminya, Intan Saleh akhirnya dipertemukan setelah empat tahun dalam program Melodi Raya yang bersiaran semalam.

Menerusi Instagram Izreen, aktres itu memuat naik foto bersama Intan berserta kapsyen ‘memohon maaf’ serta meminta agar peminatnya mendoakan agar dipertemukan dengan pengkahiran yang baik.

Namun begitu, Izreen telah memadamkan hantaran terbabit selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Dalam pada itu, Intan menerusi Instagram juga turut meluahkan perasaannya.

Biarpun tidak memberikan penjelasan mengenai subjek yang diperkatakan, ramai yang membuat telahan kenyataan Intan ada kena mengena dengan pertemuan tersebut.

“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, Betulkan niat.

“Selagi tiada rasa bahagia, selagi ada kesulitan. Mana mungkin boleh melupakan. Lihat pada situasinya. Jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia,” tulisnya.

Masing masing tampil di rancangan Melodi Raya bersama hos Awal Ashaari dan Janna Nick setelah empat tahun selepas kes kontroversi melibatkan perkahwinan Izreen Azminda dan bekas suami Intan Saleh, Uda Wahid.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”