Categories: FeaturedTrending

Hanya Vaksin Pfizer- BioNTech Sesuai Untuk Ibu Hamil

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung.

Beliau memberitahu, vaksin akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.

Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan kumpulan pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Atau mereka disyorkan ditangguhkan sehingga tempoh kehamilan. Sementara bagi ibu yang menyusu pun adalah sesuai diberikan vaksinasi,” katanya dalam sidang akhbar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini, pada Isnin.

Hospital dan pakar ibu dan anak turut diminta supaya memberi keutamaan vaksin Pfizer kepada ibu mengandung dalam tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.

Foto:Freepik

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”