Trending By: SGMS Enal December 30, 2018 @ 12:57pm

Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Beberapa kawasan di Filipina dan Indonesia diarahkan berjaga-jaga susualan ancaman tsunami akibat kejadian gempa bumi kuat yang berlaku 11.30 pagi sebentar tadi.

Gempa 7.3 magnitud yang berpusat di Mindanao itu memberi ancaman kepada seluruh kawasan berpantai sepanjang 300 kilometer di bahagian selatan negara tersebut.

Beberapa buah pulau milik Indonesia iaitu Pulau Geme dan Tabukan Tengah serta kawasan Davou di Filipina juga diramal akan menerima kesan sekiranya berlaku kejadian tsunami.

Pihak berkuasa Filipina juga mengarahkan orang ramai di lokasi terlibat supaya menjauhi kawasan berpantai diantara pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang atau sehingga amaran tsunami di tarik balik.

MetMalaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan tiada ancaman tsunami terhadap wilayah Malaysia.

Sumber: Dailymail, MetMalaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Sep 2019

Dewan Tun Razak PWTC Terbakar!

Kebetulan MATTA fair sedang berlangsung dan api dapat dikawal

Filem Tue, 26 Jul 2022

Bakal Menemui Penonton 28 Julai Ini, Ini Fakta Menarik The Doll 3

Filem seram The Doll 3 akan mula ditayangkan pada 28 Julai 2022 di seluruh pawagam di Malaysia. Menariknya, filem tersebut menampilkan patung seram yang dihasilkan dengan menggunakan konsep animatronics. Penggunaan animatronics menjadikan patung lebih kelihatan […]

Trending Thu, 12 Apr 2018

Nak Tau Bagaimana Rupa Pemilik Suara Seksi Dalam Iklan Yusuf Taiyoob? Tengok Video Ini

Suara lelaki dan perempuan dalam iklan itu menggoda sungguh, padahal ianya untuk iklan kurma!

Trending Sat, 29 Jan 2022

‘Milik’ Papar Transisi Kedewasaan Irfan Haris

Setahun tidak muncul dengan sebarang produk, penyanyi Irfan Haris muncul dengan single terbaharu berjudul Milik. Single yang berentak pop moden ini telah dicipta oleh Irfan sendiri bersama barisan komposer-komposer terkemuka tanah air seperti Mike Chan, […]

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Konsert Solo Pertama Liza Hanim Selepas 27 Tahun! – “Inilah Momen Yang Saya Tunggu”

Fuh! Akhirnya Liza Hanim buat konsert solo pertamanya! Tak sabar!

Featured Thu, 17 Nov 2022