Hiburan By: Khairil Khusyairi October 30, 2023 @ 2:06pm

Konsert Solo Pertama Liza Hanim Selepas 27 Tahun! – “Inilah Momen Yang Saya Tunggu”

Penyanyi bervokal mantap, Liza Hanim buat julung kalinya tampil dengan konsert solo pertamanya selepas 27 tahun mengabdikan diri dalam karier seni.

Pemilik nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 43, ini mengakui teruja apabila dapat beraksi selain bertemu peminatnya pada 4 Februari 2024 nanti.

Konsert yang diberi nama Liza Hanim 27 Years Journey In Concert itu sudah merencana untaian hit yang akan didendangkan Liza pada malam penuh bermakna itu.

“Tentulah saya sangat teruja untuk mengadakan konsert setelah 27 tahun berkelana dalam dunia seni nyanyian.

“Lebih mengujakan selain akan mendendangkan lagu-lagu popular dan malar segar  dahulu, saya akan membawakan single terbaru yang dihasilkan oleh komposer hebat, Ajai iaitu Mengertilah,” ujar Liza Hanim yang juga bakat seninya dapat dilihat lewat lakonan berkesan dalam KL Menjerit dan Laila Isabella.

Tambah Liza Hanim apa yang lebih penting adalah momen pertemuan penuh makna bersama peminat selepas 27 tahun bergelar penghibur yang bakal dicipta kelak.

“Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bukan sekadar tentang saya akan mendendangkan lagu-lagu layaknya sebuah konsert.

“Tetapi adalah tentang pertemuan intim saya bersama peminat setia sejak 27 tahun ini serta berkenalan dengan peminat baharu yang baru mengenal Liza Hanim lewat single atau pembabitan saya dalam beberapa program seperti GV.

“Inilah momen yang saya tunggu sebagai lambang apresiasi kepada semua yang tak jemu menghargai dan menyokong karier seni saya,” katanya.

Dalam pada itu, pihak penganjur berharap konsert itu bakal memberi seribu satu kenangan buat Liza Hanim dan peminatnya yang sekian lama menanti.

“Sebagai penganjur bersama, LH Media SB dan Laugh Out Loud Entertainment tidak akan melepaskan peluang menganjurkan Liza Hanim 27 Years Journey In Concert kerana penjenamaan Liza Hanim sebagai anak seni dan penyanyi dengan imej bersih dan bakat yang sentiasa disanjung peminat. Konsert ini juga mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi & Digital melalui MyCreative Ventures Sdn.Bhd.

“Ini akan menjadi momen yang tepat buat Liza Hanim sebagai penyanyi yang sudah 27 tahun bergelumang dengan dunia seni mempunyai sebuah konsert khas buat dirinya dan peminat.

“27 tahun juga dirasakan sudah sangat signifikan dan cukup matang buat seorang penghibur berkaliber seperti Liza Hanim mempamerkan kualiti dan segudang pengalamannya.

“Justeru kami sangat teruja dan berbesar hati untuk melihat Liza Hanim 27 Years Journey In Concert terlaksana dengan sukses dan meninggalkan momen bukan hanya kepada pihak kami tetapi seluruh peminat yang sudah sekian lama ingin berada dalam ruang konsert milik penyanyi pujaan mereka ini,” ujar Shahrin Samsudin, Pengarah Urusan LH Media Sdn Bhd.

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bakal diadakan pada 4 Februari 2024 jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur dengan harga tiket serendah RM228.

Tiket boleh dibeli di laman web www.myticketempire.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 15 Feb 2020
Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Tahniah! Tuanku Najihah Nama Bayi Sulung Sarimah Ibrahim

Dalam entri sama, beliau memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan wajah anaknya selepas 12 jam dilahirkan.

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Joe Flizzow Mohon Maaf Kerana 16 Baris, Publika Sesak Teruk!

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment yang menghimpunkan artis-artis hip hop dan telah mendapat tontonan lebih 100k  menerusi platform digital Youtube mereka

Hiburan Sat, 19 Jan 2019

Ganti Altimet, De Fam Mengaku Berdebar!

Whoah, we all dah tazabar nak tengok De Fam bawakan lagu Bunga.

Selebriti Fri, 17 Apr 2020