Categories: Trending

Selepas Yang Dipertuan Agong, Rakyat Puji Sikap Prihatin Sultan Kelantan Tolak Emolumen Diraja

Umum mengetahui sikap prihatin dan murni Yang Dipertua Agong dan Raja Permaisuri Agong yang telah berkenan untuk tidak menerima emolumen diraja mulai Mac hingga Ogos depan demi membantu rakyat akibat penularan wabak COVID-19.

Hari ini, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan memaklumkan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengambil pendekatan yang sama dan berkenan mengembalikan Emolumen Diraja selama enam bulan iaitu bermula daripada April sehingga September.

“Baginda berharap emolumen Diraja yang dikembalikan itu akan dapat diuruskan sewajarnya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan supaya dapat membantu meringankan beban rakyat yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan.

Dalam pada itu, Sultan Muhammad V juga berharap agar rakyat terus tabah dan bersabar serta memandang PKP dari sudut positif kerana dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga dan beribadat serta bermuhasabah.

“Baginda turut mengajak semua rakyat untuk turut sama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya penularan wabak Covid-19 ini dapat dikekang dan barisan hadapan yang sedang berjuang menyelamatkan pesakit sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya.

Semoga pemimpin yang lain dapat mencontohi sikap murni dan prihatin Sultan kita. Daulat Tuanku!

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”