Categories: Trending

Semua Institusi Pendidikan Di Zon Merah Seremban DiTUTUP

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan semua institusi pendidikan itu merangkumi tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi pendidikan guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM berkuatkuasa 5 November sehingga 18 November.

Senarai institusi pendidikan yang ditutup

Berikut merupakan senarai institusi pendidikan yang ditutup dan senarai tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Atau boleh layari laman web http://www.moe.gov.my  dan platform media sosial rasmi KPM.

Sepanjang tempoh penutupan itu, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM, http://www.moe.gov.my,”

Pelaksanaan PKPB itu meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

Sumber : Harian Metro, KPM

Salma Syahbuddin