Categories: Trending

Belanjawan 2021: Fokus Bantu Rakyat, Bukan Hanya Golongan B40 Yang Terkesan

Umum mengetahui, Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada Jumaat ini. 

Menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul, belanjawan 2021 akan memfokuskan untuk menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara saat dilanda pendemik Covid-19.

Tambah beliau lagi, peruntukan untuk belanjawan kali ini lebih tinggi dan sebahagian besarnya diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi.

Bukan Hanya B40 Yang Terkesan

Ditanya sama ada kerajaan akan menimbangkan pemberian tunai atau seumpamanya untuk membantu rakyat, beliau berkata, belanjawan kali ini dibentuk untuk membantu rakyat yang betul-betul memerlukan.

Menurut beliau, dalam waktu ini, banyak golongan yang terkesan bukan hanya B40, tetapi M40 juga turut terkena tempias.

“Apa yang saya ingin katakan, kita cuba guna data yang ada sekarang untuk menghasilkan penyelesaian…tetapi bukan satu penyelesaian untuk semua peringkat,” katanya 

Tengku Zafrul berkata, jangkaan rakyat terhadap belanjawan kali ini sangat tinggi dan kerajaan perlu memastikan ekonomi negara kekal utuh manakala keselamatan rakyat terjamin.

Saksikan Belanjawan 2021 secara langsung bersiaran di TV3, 6 November ini!

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”