Trending By: Salma Syahbuddin August 2, 2021 @ 1:51pm

Semua Penduduk Lembah Klang Kini Boleh ‘Walk-In’ Terima Vaksin Di PPV Terpilih

Pastinya ini adalah berita gembira bagi mereka yang belum mendapatkan vaksin terutamanya ketika negara masih mencatatkan nilai ambang kes yang amat membimbangkan.

Oleh itu, kepada semua penduduk di Lembah Klang yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh berbuat demikian apabila kaedah secara jumpa terus atau ‘walk-in’ mula dijalankan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih bermula hari ini.

Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), terdapat sembilan PPV terlibat memberi suntikan vaksin secara walk-in tanpa janji temu di Lembah Klang.

Berikut merupakan senarai PPV yang terlibat ;

  • KL Convention Centre (HCO F, HCO G dan HCO H)
  • Bangi Avenue Convention Centre
  • Hotel Wyndham, Klang
  • Dewan Tun Razak
  • Sabak Bernam
  • Dewan Komuniti Serendah
  • Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
  • Ideal Convention Centre, Shah Alam

Bagaimanapun, masa jumpa terus atau ‘walk-in’  ini akan bermula pada pukul 2 petang setiap hari, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.

Untuk makluman, bagi golongan yang berumur 40 tahun ke atas atau golongan ‘komorbid’ (kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada COVID-19 sekiranya dijangkiti), vaksinasi jumpa terus akan bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos.

Selain itu, mereka hendaklah membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka termasuk dalam kategori itu seperti kad rawatan atau kad janji temu.

Manakala, semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos.
Untuk bukan warganegara, tarikh dibenarkan untuk walk-in bermula pada 9 Ogos ini dan hanya akan dijalankan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.
Inividu bukan warganegara ini juga dinasihatkan agar membawa bersama bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain.

Bagi yang TIDAK mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, individu ini akan melalui proses yang telah ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara yang telah dikeluarkan oleh CITF.

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Jan 2023

Darah Manis! Bakal Dirisik, Zarina Anjoulie Kongsi Momen Shopping Cincin Kahwin

Pelakon Zarina Anjoulie tampil berkongsi momen dirinya membeli cincin perkahwinan bersama kedua ibu bapanya dan bakal suaminya, Datuk Seri Kazrul. Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju kelihatan sangat berseri dan

Featured Thu, 9 Mar 2023

[VIDEO] Suami Buat Kejutan, Siti Elizad Menangis Gara-Gara…

Awww so sweet tapi sebak sangat bila sentuh bab zuriat!

Featured Wed, 10 Aug 2022

“Putih & Idaman Para Gadis, Please Drop Your Armpit Routine!” – Amelia Henderson Dedah Terima Komen Pelik Mengenai Ketiak

Ni paling win! 🤣🤣 Ramai betul yang minta tips jaga ketiak daripada Amelia 🤣🤭 Ghisauuuu! 🤭

Trending Tue, 23 Aug 2022

“Wow! Vokal Mereka Sebiji Macam Recording” – Persembahan Dolla Dapat Pujian Peminat

Bakat nyanyian yang dimiliki oleh kumpulan Dolla ternyata semakin mendapat perhatian peminat. Kumpulan yang dianggotai empat penyanyi wanita iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel itu telah banyak membuat persembahan yang dapat memukau penonton. Terbaharu, kumpulan

Trending Wed, 9 May 2018

皮卡丘的是老鼠还是兔子?作者亲自解谜原型竟是…

皮卡丘到底是兔子还是老鼠呢?近年因手游《精灵宝可梦GO》再度成为话题焦点,其中主角之一的皮卡丘是众多宝可梦迷的「好朋友」。许多民众也非常好奇,皮卡丘的原型究竟是什么动物呢?

Trending Thu, 27 May 2021
Featured Fri, 5 Nov 2021

Dendam Penunggu Bawa Mesej Tentang Anti-Buli

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemukan rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar ini juga menghadapi

| Live TV

error: Content is protected !!