Categories: Trending

Senarai Kawasan Mula Terima Bekalan Air Hari Ini

Pengguna di Selangor yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual mula menerima bekalan air pagi ini.

Setakat jam 9 pagi tadi, sebanyak 162 daripada 1,292 kawasan (13 peratus) telah menerima bekalan air, manakala 1,130 lagi kawasan masih terjejas.

Senarai kawasan pulih bekalan air

Antara kawasan yang pulih termasuk di kawasan Petaling, Hulu Selangor, Klang, dan Kuala Selangor.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air beransur pulih selepas semua empat loji terjejas sudah kembali beroperasi jam 6 petang pada Isnin.

Untuk mengetahui berita dan info terkini mengenai status bekalan air Selangor, jangan lupa saksikan Youtube Buletin Utama di TV3.

Salma Syahbuddin