Categories: FeaturedTrending

Separuh Rakyat Malaysia Mahu Terus Bekerja Dari Rumah – Kajian

Sebuah laporan menunjukkan hampir separuh rakyat Malaysia mahukan kombinasi bekerja dari rumah (WFH) dan bekerja di pejabat diteruskan selepas pandemik COVID-19 berakhir.

Menurut kaji selidik oleh Randstad Workmonitor, 48 peratus daripada responden tempatan menginginkan pengaturan kerja yang fleksibel.

Ketua Operasi Randstad Malaysia, Fahad Naeem, berkata 14 peratus responden Malaysia pula mahu terus kekal WFH manakala peratusan responden yang sama di peringkat global juga ingin terus bekerja dari rumah sepanjang tempoh kerja.

“Dasar bekerja yang fleksibel ini boleh membantu mengurangkan tahap tekanan dan meningkatkan semangat dalam kalangan pekerja memandangkan mereka dapat mencari pendekatan untuk mengimbangi di antara kerjaya dengan kehidupan peribadi masing-masing.

“Bagaimanapun, bekerja secara jarak jauh ini juga boleh menjejaskan budaya organisasi berkenaan berikutan konsep ini sukar untuk mengeratkan hubungan sesama warga kerja dan merangsangkan tenaga yang diperlukan bagi kerjasama berkesan.

“Justeru, syarikat perlu melakukan langkah kecil ke arah mencari strategi seimbang yang dapat mengekalkan budayanya dan memenuhi harapan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”