Categories: Trending

Seramai 787 Rakyat Malaysia Dikuarantin, 6 Lagi Individu Dihantar Ke Hospital

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan seramai 793 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dari Australia, Indonesia, Singapura, Qatar, Myanmar, Filipina, Taiwan, India, Laos, China dan Hong Kong.

Malah, daripada jumlah itu, seramai 787 individu diperintah menjalani kuarantin wajib di kediaman mereka manakala 6 individu lagi dibawa ke hospital.

“Seramai 139 individu telah masuk melalui pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks Sultan Abu Bakar, Pelabuhan Pasir Gudang dan Feri Pasir Gudang dan kesemua diperintah untuk menjalani kuarantin di rumah

“PDRM telah membuat 1,178 pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) home quarantine dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP yang ditetapkan,” Katanya.

Selain itu, sebanyak 15 operasi sanitasi meliputi 15 zon yang melibatkan tujuh buah negeri termasuk Sabah (enam operasi), Sarawak dan Terengganu (dua operasi) dijalankan pada Ahad.

Salma Syahbuddin