Tiada Rakyat Yang Akan Tercicir Dalam Pelaksanaan Pelan Rangsangan Ekonomi – PM

Terkini!

Kerajaan akan memastikan tiada rakyat yang tercicir terutamanya golongan B40 dalam pelaksanaan pelan rangsangan ekonomi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

“Kita akan pastikan semua golongan terutamanya di Sabah dan Sarawak tidak akan tercicir dalam menerima bantuan kerajaan untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi pandemik COVID-19,” katanya semasa persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ekonomi Dijangka Berkembang Pada Suku Ketiga

Melihatkan krisis kesihatan global ini tambahnya, peratusan pengangguran dijangka meningkat.

“Sememangnya pertumbuhan ekonomi negara akan mengalami penguncupan ketara dalam suku kedua disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ekonomi kita dijangka berkembang semula dalam suku ketiga dan keempat selepas pembukaan semula ekonomi,” katanya.

Pelbagai Dasar & Strategi Akan Dirangka

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri kerajaan juga sedang merangka pelbagai dasar dan strategi khusus untuk menstruktur dan mengukuhkan semula ekonomi serta menangani ketidakseimbangan pembangunan sosioekonomi.

Setakat ini, kerajaan telah melaksanakan pakej rangsangan PRIHATIN bernilai RM250 billion, PRIHATIN Tambahan bernilai RM10 billion dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35 billion dalam usahanya untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tonton di TV3 atau Youtube Buletin TV3 okay?

Syafiqa Irdina