Categories: Trending

Ustaz Ebit Lew Umum Harga Tak Masuk Akal! Netizen ‘Bimbang’ Ada Pihak Ambil Kesempatan

Rasanya semua sedia maklum, Ustaz Ebit Lew bakal membuka pasaraya nya sendiri yang diberi nama Elewsmart pada hujung minggu ini.

Namun, rata-rata netizen terkejut dengan harga murah yang ditawarkan.

Harga tak masuk akal!

Untung ke?

Mungkin itu antara yang terlintas difikiran segelintir netizen yang mempersoalkan setiap harga yang ditawarkan di pasaraya milik Ustaz Ebit.

Melihat kepada harga yang ditawarkan, pelanggan boleh membeli susu pekat manis dengan harga RM0.70 sen dan mi segera pada harga kurang daripada RM1.

Curi perhatian Lofa

Malah, berita gembira ini turut mendapat perhatian Neelofa yang turut memuji usaha Ustaz Ebit dalam membantu golongan yang susah.

Perkongsian ini juga ternyata mendapat perhatian netizen dan followers pengacara popular itu sehingga mendapat 31.9k tanda suka dan 19.2k ulang kicau.

Beri ‘ruang’ buat yang kurang berkemampuan

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang bimbang dengan tindakan segelintir pihak atau individu yang cuba mengambil kesempatan dengan tawaran yang diberikan.

Terdahulu, Ustaz Ebit memaklumkan pembukaan Elewsmart ini adalah sebagai platform penyampaian makanan kepada golongan yang memerlukan selain menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat di luar sana.

Pasar raya Elewsmart bakal memulakan operasinya di Bangi dan Kajang. Manakala 8 lokasi lain termasuklah, Damansara, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Subang Perdana, Prima Gombak dan Gombak Traders.

Salma Syahbuddin