Trending By: SGMS Faida June 22, 2018 @ 4:24am

Serba Tak Kena, Jaket Melania Trump Jadi Bualan!

Tulisan yang tertera ‘ I really dont care, do you?’ di jaket milik wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump nampaknya menimbulkan kekecohan di media sosial.

Apa tidaknya, beliau memakai jaket berkenaan ketika melawat kanak-kanak yang terpaksa dipisahkan susulan krisis imigresen di Texas, semalam.

Terdahulu, Presiden Donald Trump membatalkan arahan supaya ahli keluarga dan kanak-kanak tidak dipisahkan ketika mereka masuk secara tidak sah ke Amerika Syarikat dari Mexico.

Menurut jurucakapnya, Stephanie Grisham, Melania mengambil keputusan untuk melawat pusat tahanan yang menempatkan kanak-kanak berkenaan, kerana beliau sangat mengambil berat mengenai isu yang mencetuskan kontroversi itu.

“Ia hanya jaket. Tiada mesej tersembunyi. Saya harap selepas lawatan di Texas ini, pihak media tidak lagi memilih untuk memberi lebih tumpuan kepada pakaiannya,” kata Grisham kepada wartawan.

Ketika lawatan itu, Melania berpeluang bertemu dengan kakitangan pusat tahanan itu yang menempatkan 55 kanak-kanak berusia antara 12 tahun hingga 17 tahun.

“Enam daripada mereka dipisahkan daripada keluarga ketika menyeberangi sempadan,” kata pihak berkuasa kepada wartawan.

Sementara itu, Trump ketika mempertahankan isterinya, menyalahkan pihak media dan memuat naik mesej di Twitter: “Saya benar-benar tidak peduli, adakah anda? yang tertera di belakang jaket Melania merujuk kepada media yang menyiarkan berita palsu.

“Melania sudah belajar mengenai betapa tidak jujurnya mereka, dan kini beliau tidak lagi peduli!”. – Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Apr 2020
Featured Fri, 26 Apr 2024
Trending Fri, 25 Jan 2019

疯狂夫妻搜集30尊「古董娃娃」不生小孩:它们更听话!

美国一对夫妻结婚4年,因为受不了亲友催问生育大计,两人竟发挥创意,将太太从小热爱搜集的娃娃成为「亲生女」!

Featured Mon, 6 Feb 2023
Trending Mon, 11 Dec 2017

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Trending Mon, 18 Dec 2017

无端端拥有RM5797,该怎么花?这存钱法真的有效!

如果你发现在2018年12月31日,你拥有了RM5797,你会怎么用呢?爱旅行的年轻设计师Jas为了让自己更有趣的存钱,就实行了『信封存钱』计划!