Categories: Trending

#SetulusIkhlas : Remaja Berusia 20 Tahun Ini Tinggal Dibawah Jambatan?

Kalau hari ini kita seringkali mendengar tentang remaja yang begitu kemaruk dengan irama Kpop, atau menjadi terkenal kerana aktiviti atau hobi mereka yang begitu rare, namun siapa sangka anak muda yang berusia lingkungan 20 tahun ini tidaklah seperti remaja seusia nya. 

Kisah mengenai remaja ini viral apabila Ustaz Ebit Lew menyelongkar kehidupan masyarakat kita disekitar bandaraya Kuala Lumpur dan menemui remaja berusia 20 tahun ini yang masih duduk dan tidur dibawah jambatan.

Jom kita ikuti perkongsian dari saudara @aaizatnizam menerusi akaun twitter beliau.

Manakala, Ustaz Ebit Lew juga sempat berkongsi dengan followers beliau mengenai remaja kurang bernasib baik ini menerusi akaun instagram miliknya.

Jadi, buat yang merasakan kehidupan sekarang ini susah, maka fikir-fikirkanlah bahawa ada lagi manusia seusia anak, adik, atau abang kita yang lebih susah jika dibandingkan dengan kehidupan kita. Justeru itu, marilah kita amalkan sikap suka bersyukur dengan apa yang kita ada. Hashtag #SetulusIkhlas.
Salma Syahbuddin