Categories: Trending

Siaran Khas Majalah 3 Adat Istiadat Upacara Pertabalan Agong Malam Ini!

Malam ini Majalah 3 bakal menayangkan paparan eksklusif mengenai persiapan pihak Istana Negara, agensi-agensi kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat bagi Upacara Adat Istiadat Upacara Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus’in Billah yang akan berlangsung pada 30 Julai ini.

Sepanjang proses rakaman yang mengambil masa lebih sebulan, Majalah 3 berjaya merakam proses penghasilan ‘Syiling Peringatan’ sempena upacara penting tersebut. 
Selain itu, Majalah 3 juga memaparkan proses membaik pulih singgahsana (kerusi) untuk diguna pada pertabalan nanti, dimana ia pernah digunakan ketika Adat Istiadat Upacara Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-7 dan Ke-8, iaitu Ayahanda kepada Tuanku Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Turut berjaya dirakam adalah Tunku Hajah Azizah mencemar duli memasang sendiri solek Destar (Tengkolok) yang akan dipakai oleh Tuanku Abdullah pada Upacara Pertabalan tersebut.

Banyak lagi perkara eksklusif yang berjaya dirakam oleh Majalah 3. Untuk mengetahuinya, pastikan anda tidak ketinggalan menonton pada 29 Julai 2019, hari Isnin pukul 9.00 malam.

SGMS Enal