Categories: Trending

Simpan Lebih 400 Bukti Kecurangan, Caprice Serik Masuk Campur Kontroversi Bella Astillah, Aliff Aziz, Ruhainies & Sarah Yasmine – “I Can No Longer Help”

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Caprice mendedahkan dirinya memiliki lebih 400 bukti kecurangan pelakon, Bella Astillah bersama aktor baharu, Muaz Zabir, malam tadi.

Pendedahan itu dilakukan oleh Caprice menerusi beberapa hantaran di Instagram Story susulan namanya dipetik oleh kekasih gelap penyanyi, Aliff Aziz, Sarah Yasmine yang mendakwa dirinya adalah dalang disebalik isu yang berlaku.

Menurut Caprice, niatnya dari awal hanya ingin membantu semua pihak menyelesaikan isu tersebut dengan baik dengan harapan mereka boleh berdamai.

Namun, tidak sangka Sarah mengambil jalan pintas untuk melanggar perancangan yang telah diatur rapi.

Serik nama baiknya terjejas, Caprice menegaskan dirinya tidak mahu lagi terlibat dalam isu rumah tangga membabitkan Bella, Aliff, Ruhainies dan Sarah.

Tambah Caprice, itu bukanlah pertama kali dia membantu pasangan itu berdamai bahkan dia turut mengemukakan bukti perbualannya bersama Bella yang meminta bantuannya pada tahun 2019.

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Artikel Berkaitan: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Artikel Berkaitan: Tak Ambil Port Isu Aliff Aziz, Bella Astillah & Ruhainies… Kesal Fakta Dimanipulasi, Giliran Chacha Maembong Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Artikel Berkaitan: “Inilah Kemanisan Orang Bersabar” – Sudah Bersua Muka, Bella Astillah Lega Sarah Yasmine Bersikap Jujur & Kemuka Bukti Tambahan

Fatin Nurain